Skip to main content

Review : Perjalanan Kulit Saya Bersama Mary Kay

Assalamualaikum gorgeous..

Hari yg bercuaca indah ni, sy nak bercerita sikit tentang produk Mary Kay yang sy guna serta hasilnya pada kulit muka sy. Kalau sy nk cerita boleh kan? Hehehe.

Ok, sebenarnya saya malu² jugak nak kongsi perjalanan kisah kulit saya kerana kulit saya memang bermasalah sejak saya bersekolah menengah & semakin teruk semasa saya di universiti.

Segala jenis petua tradisional juga petua moden, saranan kawan², cadangan beauty advisor, apa jenis produk takyah cakap la. Dah saya cuba macam² & saya pun dah habiskan banyak duit untuk merawat kulit wajah saya yang sensitif dan bengkak dek kerana jerawat batu yg banyak.

Masalah kulit sy mula reda pada tahun 2008, jerawat manja memang masih ada tapi tak sebanyak sebelumnya. Syukur sangat masa tu even kulit sy takde la peloles. Hanya yang pernah berjerawat teruk yang akan faham rasa bersyukur yang sy maksudkan ni. Huhu. 

Kemudian pada tahun 2012, muka saya bengkak dan gatal sehinggakan muka sy menjadi hitam selepas bengkak di muka saya surut. Suami saya membawa saya ke Poliklinik untuk mendapatkan rawatan susulan & diberi antibiotik yang perlu dimakan dalam masa seminggu. Doktor kata kulit saya mungkin alah dengan bahan tertentu. Alhamdulillah bengkak & gatal² hilang, tapi mcm yang sy katakan tadi kulit muka sy menjadi hitam macam terbakar. Tibe² part muka je yg dayang senandung, so orang yang tengak memang rasa pelik. Muka sy pulih meskipun nmpak terbakar. (sy x tau mana dah gambar tu eh, kalo ada nanti sy update k) 

Selepas anak sy yang ketiga lahir pada 2015, muka sy kembali gatal² & sensitif. Berpeluh je memang semakin gatal merenyam muka sy. Ye, memang persekitaran tempat kerja sy masa tu berhabuk dengan debu simen sebab proses renovation pejabat tempat sy bekerja dilakukan berperingkat. So sy terpaksa bekerja dengan persekitaran yg macam tu dalam tempoh yg lama. 

Kesannya, masalah kulit muka sy berlarutan sehinggalah kawan sy masa di universiti dulu share info & promosi produk Mary Kay. Mula² tu sy takut nak cuba, fobia dengan pengalaman lalu. Dah macam² yg sy pernah cuba kan. Tambah pulak tengok harga yg agak mahal, so sy tangguhkan dulu untuk mencuba.

Sejak tu sy diam² cari maklumat & baca review pengguna Mary Kay. Bila banyak review positif & mostly mereka yang menggunakan Mary Kay mempunyai masalah kulit yg sama dengan sy, hati sy semakin terbuka dan yakin. Macam dapat hidayah gitu!

Sy hubungi kawan sy tu, Norjulia Nordin yg merupakan Beauty Consultant Mary Kay minta pertolongan guide & bantu sy merawat kulit dengan produk Mary Kay. 

Bermula la perjalanan sy dengan Mary Kay Botanical Effects Formula 2 pada bulan Mei 2018.

Mula² pakai kulit muka sy mengelupas selepas cuci muka dengan Cleanse, then gatal² selepas sy sapu Hydrate(pelembap). Dalam tempoh 2-3 minggu jugak sy mengalami gatal² & memgelupas tu. Rasa nk give up pun ada juga pada awalnya. Tp sy yakin dengan kandungan bahan Botanical Effects yg boleh bantu merawat & seimbangkan semula kulit sy. Bila kulit sy dh mula nampak bersih then baru sy tambah Freshen(toner), Oil Free Hidrating Gel seterusnya CC Cream dalam regime penjagaan harian kulit sy. 

Yang best nya Mary Kay ada 90 hari jaminan kepuasan sekiranya produk yg kita pakai kurang sesuai dengan kulit kita, dan Mary Kay akan tukar dengan recommended produk yg bersesuaian dengan kulit kita. 
Tak perlu bayar apa². 


Inilah item yang sy gunakan sepanjang proses sy pulihkan kulit. Set Botanical Effects & Oil Free Hidrating Gel. Tak lupa CC Cream SPF15 untuk perlindungan matahari. Semua item ni sy beli 1 demi 1, tambah sikit² item ikut bajet yg sy ada. 

Berkat kesabaran selama lebih 1 tahun, akhirnya kesannya ke atas kulit sy mula nampak. Alhamdulillah, ikhtiar sy kali ni berjaya. 

Nak tengok perbezaannya? Ni sy kongsikan gambar sy sebelum & selepas menggunakan Mary Kay. 
Sekali lagi mohon jangan kecam or terkejut tengok gambar tu. Ni kira pendedahan berani mati tau. Hahahaha. Seriously malu! 









Comments

  1. Posting yang sangat bermanfaat kepada individu yang mempunyai masalah kulit. Apa yang penting pilih set penjagaan kulit yang berkualiti dan sesuai untuk kulit. InshaAllah kulit akan sihat dan segar ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Thanks for your comment. Yg penting pilih produk yg sesuai & selamat untuk kulit.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : Mary Kay CC Cream SPF15

Assalamualaikum & selamat malam.. Complexion Corrector Cream ataupun CC Cream ni telah lama berada di hati saya sejak pertama kali saya mencubanya pada Jun 2018. Sebenarnya CC Cream Mary Kay ini mula diperkenalkan oleh Mary Kay pada April 2014, dan sejak itu ia mula bertahta di hati para peminat Mary Kay.  Ada sebab kenapa saya sangat sukakan CC Cream Mary Kay ni tau.  Bagi yang belum tau, kulit saya sensitif & pernah mengalami jerawat yang teruk. Memang rasa tak sanggup nak berdepan dengan masyarakat. Tambah pulak memang sukar untuk saya mendapatkan bedak asas yang sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni saya menggunakan bedak two way cake yang mudah didapati di drugstore, sebab taknak bagi cela pada wajah saya terlalu ketara.  Taknak la celoteh panjang, kita terus tengok kelebihan & manfaat Mary Kay CC Cream ni. 8 KEBAIKAN DALAM 1 CC CREAM : 1. Melawan garis halus dan tanda penuaan.  2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit ...

Yang Mana Pilihan Hati - CC Cream atau Liquid Foundation?

Assalamualaikum gorgeous.. Dalam post yang sebelum ni, saya dah bercerita sikit tentang kebaikan Mary Kay Timewise Liquid Foundation kan.  Kalau nak tau tak selain Liquid Foundation, Mary Kay ada menghasilkan bedak asas yang diberi nama CC Cream. Nama penuh dia Mary Kay CC Cream SPF15. CC membawa maksud Complexion Corrector. Semestinya Mary Kay CC Cream ini fungsi utamanya memperbaiki tona kulit agar kulit wajah nampak berseri & sempurna. CC Cream ni ada 4 kod warna. CC cream ni more to light coverage (litupan yang nipis), sesuai untuk yg sukakan light make up and natural look. Texture CC Cream ni agak nipis berbanding Liquid Foundation & CC cream ni juga sesuai utk semua jenis kulit. Kita semak gambar di bawah untuk varian kod warna yang ditawarkan bagi CC Cream ini. Mesti dah teruja tengok warna² CC Cream yang padan dengan tona kulit wanita Asia macam kita kan!  Mary Kay CC Cream Vs Timewise Liquid Foundation (TWLF) CC C...

Review : Honey Glow Finisher SPF35

Assalamualaikum & morning.. Dah lama nak share review ni, cuma baru ada kesempatan nak tulis di sini..  Honey Glow Finisher ni dibuat di Korea.. Kita semua dah maklum kan Korea Selatan merupakan negara dengan industri kosmetik & penjagaan kulit yang berkembang pesat. Selain daripada Honey Glow Finisher, range penjagaan kulit Mary Kay Melacep & Lumivie turut dihasilkan di Korea.. Honey Glow Finisher adalah makeup base yang kita apply sebelum foundation atau CC cream, untuk dapatkan dewy effect & nampak glowing dari dalam.. Orang Korea kata looking-glass skin, macam porcelain tu..  Boleh juga dipakai macam tu je selepas moisturiser untuk dapatkan kulit yang lebih cerah sekata, liang pori tidak ketara & bagi yg inginkan natural glowing look..  Fungsi Honey Glow Finisher ni : memberikan effect glowing secara natural mencerahkan kulit wajah makeup tahan lebih lama menutup garis & kedutan halus mengandungi SPF untuk me...