Skip to main content

Review : Charcoal Mask Mary Kay

Assalamualaikum gorgeous..

Selamat berhujung minggu semua.. Musim hujan ni, mesti masing² sibuk ke laundry kan.. Tak menang tangan nk uruskan kain baju yg x kering..

Pagi td sambil scroll gallery kt phone, ternampak gambar sy posing manja dengan muka yg hitam gelita.. Terus teringat nk share review mask Mary Kay yg ada kuasa tarikan magnet ni.. 

Nama penuh mask ni Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask.. Kita panggil Charcoal mask jela eh, senang.. 

Charcoal Mask ni menggunakan ACTIVATED CHARCOAL.. Menurut kajian, ACTIVATED CHARCOAL ni berkhasiat untuk mengeluarkan bakteria, racun, bahan kimia, kotoran dan segala jenis Micro Particle ke permukaan kulit.. 

Walaupun kita sapu sikit tapi dia mampu absorb banyak kotoran, bakteria & minyak yg tersumbat dalam pori.. 
Semua maklum kan, pori tersumbat adalah punca kepada masalah jerawat & kulit kusam.. 



Charcoal Mask ni sy mula guna pada bulan Ogos 2019.. Macam yg sy tulis pada tiub mask tu.. Sy akan pakai mask ni bila kulit sy rasa sangat berminyak dan bila sy sering terdedah dengan debu & persekitaran luar (yg ni sy tau bila certain area muka sy rasa gatal, maksudnya kulit bagi signal soh pakai charcoal mask 😂).. 

Pemakaian mask ni sekurang² nya 2 kali seminggu dapat mengangkat kotoran & minyak berlebihan yg terperangkap dalam pori kita.. Bila pori dah bersih, senanglah apa² jenis moisturiser dan serum bekerja kt kulit kan! 

Apa yang best Charcoal Mask ni:
▪️79% yg terdiri daripada lelaki dan wanita bersetuju kulit kelihatan bersih selepas menggunakannya - yg ni mmg setuju, kulit rasa segar dan nampak peloles, 2x lebih bersih
▪️Mengandungi ekstrak rosemary dan peppermint memberikan aroma yang menyegarkan - rasa pun dingin je bila sapu ke kulit, rasa relax

Mula-mula sapu tu mmg rasa dingin je muka, bau mask pun segar.. Then biarkan 10-15 minit.. Bermula la rasa mcm ada sedutan² lembut kt muka sebelum ia mengering.. 
Bila mask mula mengering, dah boleh nampak mask bertukar color kat certain area, especially kat bahagian hidung & bahagian pipi. Kat area tu ada tompok-tompok putih.. Menunjukkan ada minyak berlebihan di situ.. 
Cukup masa 15 minit sy pun basuh@bilas muka.. Mask ni bukan jenis yg peel off ye.. 
Just basuh dengan air, mask akan cair bersama minyak & kotoran yg terperangkap.. Charcoal mask ni senang nk tanggalkan tak perlu gosok@tonyoh muka dengan kuat.. 

Lepas muka dah bilas tu, tengok cermin sambil belek² muka.. 
Kulit rasa lembut, rasa ringan, nampak lebih cerah.. Kulit yg sebelum pakai mask rasa macam berbiji² terus rasa licin.. 
Rasa macam ajaib pulak.. Heheh



Haaa.. Takut kan tengok muka hitam gelita ni!!
Maaflah, lupa nak amik gambar muka yg dh bilas.. Sebab dh mengantok, selesai sapu night cream je terus landing & terlelap.. 





Comments

Popular posts from this blog

Yang Mana Pilihan Hati - CC Cream atau Liquid Foundation?

Assalamualaikum gorgeous.. Dalam post yang sebelum ni, saya dah bercerita sikit tentang kebaikan Mary Kay Timewise Liquid Foundation kan.  Kalau nak tau tak selain Liquid Foundation, Mary Kay ada menghasilkan bedak asas yang diberi nama CC Cream. Nama penuh dia Mary Kay CC Cream SPF15. CC membawa maksud Complexion Corrector. Semestinya Mary Kay CC Cream ini fungsi utamanya memperbaiki tona kulit agar kulit wajah nampak berseri & sempurna. CC Cream ni ada 4 kod warna. CC cream ni more to light coverage (litupan yang nipis), sesuai untuk yg sukakan light make up and natural look. Texture CC Cream ni agak nipis berbanding Liquid Foundation & CC cream ni juga sesuai utk semua jenis kulit. Kita semak gambar di bawah untuk varian kod warna yang ditawarkan bagi CC Cream ini. Mesti dah teruja tengok warna² CC Cream yang padan dengan tona kulit wanita Asia macam kita kan!  Mary Kay CC Cream Vs Timewise Liquid Foundation (TWLF) CC C...

Review : Mary Kay CC Cream SPF15

Assalamualaikum & selamat malam.. Complexion Corrector Cream ataupun CC Cream ni telah lama berada di hati saya sejak pertama kali saya mencubanya pada Jun 2018. Sebenarnya CC Cream Mary Kay ini mula diperkenalkan oleh Mary Kay pada April 2014, dan sejak itu ia mula bertahta di hati para peminat Mary Kay.  Ada sebab kenapa saya sangat sukakan CC Cream Mary Kay ni tau.  Bagi yang belum tau, kulit saya sensitif & pernah mengalami jerawat yang teruk. Memang rasa tak sanggup nak berdepan dengan masyarakat. Tambah pulak memang sukar untuk saya mendapatkan bedak asas yang sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni saya menggunakan bedak two way cake yang mudah didapati di drugstore, sebab taknak bagi cela pada wajah saya terlalu ketara.  Taknak la celoteh panjang, kita terus tengok kelebihan & manfaat Mary Kay CC Cream ni. 8 KEBAIKAN DALAM 1 CC CREAM : 1. Melawan garis halus dan tanda penuaan.  2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit ...

Timewise 3D Foundation??

Alamak stress nya!  Stress sebab Mary Kay bakal keluarkan Timewise Liquid Foundation formulasi baru iaitu Timewise 3D Foundation, tapi Timewise Liquid Foundation saya yang sedia ada masih banyak lagi ni.  Hahaha.  Tak lama lagi nak keluar tu, Januari 2020! Pilihan shades yg baru khusus mengikut undertone kulit cool atau warm Apa perbezaan dengan Timewise 3D Foundation yang baru ni?  Diformulasikan dengan Age Minimize Complex yang turut terkandung dalam produk penjagaan kulit Timewise Miracle 3D, TimeWise 3D Foundation memberikan litupan penuh serta tampak muda berseri-- Ringan pada kulit wajah & nampak semulajadi sepanjang hari.  Teknologi IntelliMatch yang eksklusif kerana ia akan memadankan warna dengan tona kulit kita ( so tak perlu nak mix kod warna untuk dapatkan tona yang sesuai ) 12 jam kawalan minyak (Matte)   12 jam kelembapan (Luminous)   Formula yang kalis peluh & udara lembap ( sesuai untuk iklim t...