Skip to main content

Timewise Liquid Foundation : Merawat garis halus penuaan

Assalamualaikum gorgeous..


Kali ni nak cerita perihal kebaikan Timewise Liquid Foundation kepada kulit kita.

Kulit ialah satu struktur kompleks yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Lapisan dermis yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit, mengandungi kolagen yang memainkan peranan kritikal dalam memperkuat sokongan kulit.

Kredit : Cosmedocs

Epidermis akan berubah mengikut pertambahan usia kita. Menjadi lebih kusam, nipis, cederung kering, mudah terjadinya bintik hitam akibat pendedahan UV berterusan.

Dermis pula mengalami kekurangan kolagen & elastin sehingga kulit menjadi kendur & muncul garisan. Ianya semakin ketara mengikut pertambahan usia kita.

Kini para wanita tak perlu gusar kerana Mary Kay Timewise Liquid Foundation dirumus dengan sebatian peptida pembina kolagen berpaten untuk membantu kulit mengekalkan penampilan muda remaja.

Sambil bersolek, dapat merawat permukaan kulit wajah. Semua nak kan!

Risau tak sesuai dengan jenis kulit yang berbeza? Timewise Liquid Foundation didatangkan dengan 2 formula iaitu:

  • Matte-Wear Liquid Foundation (kulit berminyak & kombinasi) 
  • Luminous-Wear Liquid Foundation (kulit normal & kering) 

TIMEWISE MATTE-WEAR™ FOUNDATION (Untuk kulit berminyak-kombinasi)

Label ungu untuk Matte, Label merah jambu untuk Luminous 

TIMEWISE MATTE-WEAR : RAMUAN UTAMA DAN FUNGSI
  • Dimethicone Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok penampilannya.
  • Vitamin E (Tocopheryl Acetate) Dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit .
  • Palmitoyl Oligopeptide and Palmitoyl Tetrapeptide -7 Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja. Silica Mineral ultrahalus sangat poros yang bertindak seperti span, menyerap minyak supaya kulit kelihatan matte tanpa berasa berat.
  • Lauryl Methacrylate/Glycol Dimethacrylate Crosspolymer Mikrosfera khas yang memaksimumkan kebolehan formula untuk mengawal minyak.

TIMEWISE LUMINOUS-WEAR™ FOUNDATION (Untuk kulit kering-normal)

Pilihan ton warna untuk Luminous & Matte

TIMEWISE LUMINOUS : RAMUAN UTAMA DAN FUNGSI
  • Ester Lilin Jojoba Meningkatkan faedah pelembapan.
  • Gliserin Humektan yang membantu menyeimbangkan atau mengekalkan paras lembapan wajar dalam kulit. Dimethicone Diperoleh daripada silika, memberi rasa lembut dan membantu melindungi kulit serta memperelok penampilannya.
  • Vitamin E (Tocopheryl Acetate) Juga dikenal pasti mempunyai faedah merapi dan menenteramkan kulit.
  • Palmitoyl Oligopeptide dan Palmitoyl Tetrapeptide -7  Sebatian peptida berpaten yang bertindak secara sinergi untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan penampilan kulit yang muda remaja.

MANFAAT DAN KESAN TIMEWISE LIQUID FOUNDATION

  1. Kulit tampak cerah dengan serta-merta
  2. Kulit tampak berseri sepanjang harie
  3. Mengandungi ekstrak lemon & timun yang menyejukkan kulit!
  4. Kulit berasa dilembapkan sepanjang hari
  5. Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat
  6. Secara ketaranya mengurangkan garis halus dan kedutan
  7. Secara ketaranya mengurangkan penampilan pori
  8. Meningkat baik keadaan kulit secara keseluruhan
  9. Mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara
  10. Warna kekal seperti asal selepas berjam-jam
  11. Memberikan kemasan kilauan yang tahan lama kepada kulit
  12. Tidak melekat dalam garis halus
  13. Mengurangkan lingkaran hitam dan bebayang secara ketara
  14. Non-comedogenic!
  15. Formula ringan yang dapat disapu rata dan licin.
  16. Tekstur yang lembut & ringan. 
  17. Mudah dicuci. Mesra wudhuk & mesra solat. 



Comments

Popular posts from this blog

Yang Mana Pilihan Hati - CC Cream atau Liquid Foundation?

Assalamualaikum gorgeous.. Dalam post yang sebelum ni, saya dah bercerita sikit tentang kebaikan Mary Kay Timewise Liquid Foundation kan.  Kalau nak tau tak selain Liquid Foundation, Mary Kay ada menghasilkan bedak asas yang diberi nama CC Cream. Nama penuh dia Mary Kay CC Cream SPF15. CC membawa maksud Complexion Corrector. Semestinya Mary Kay CC Cream ini fungsi utamanya memperbaiki tona kulit agar kulit wajah nampak berseri & sempurna. CC Cream ni ada 4 kod warna. CC cream ni more to light coverage (litupan yang nipis), sesuai untuk yg sukakan light make up and natural look. Texture CC Cream ni agak nipis berbanding Liquid Foundation & CC cream ni juga sesuai utk semua jenis kulit. Kita semak gambar di bawah untuk varian kod warna yang ditawarkan bagi CC Cream ini. Mesti dah teruja tengok warna² CC Cream yang padan dengan tona kulit wanita Asia macam kita kan!  Mary Kay CC Cream Vs Timewise Liquid Foundation (TWLF) CC C...

Review : Mary Kay CC Cream SPF15

Assalamualaikum & selamat malam.. Complexion Corrector Cream ataupun CC Cream ni telah lama berada di hati saya sejak pertama kali saya mencubanya pada Jun 2018. Sebenarnya CC Cream Mary Kay ini mula diperkenalkan oleh Mary Kay pada April 2014, dan sejak itu ia mula bertahta di hati para peminat Mary Kay.  Ada sebab kenapa saya sangat sukakan CC Cream Mary Kay ni tau.  Bagi yang belum tau, kulit saya sensitif & pernah mengalami jerawat yang teruk. Memang rasa tak sanggup nak berdepan dengan masyarakat. Tambah pulak memang sukar untuk saya mendapatkan bedak asas yang sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni saya menggunakan bedak two way cake yang mudah didapati di drugstore, sebab taknak bagi cela pada wajah saya terlalu ketara.  Taknak la celoteh panjang, kita terus tengok kelebihan & manfaat Mary Kay CC Cream ni. 8 KEBAIKAN DALAM 1 CC CREAM : 1. Melawan garis halus dan tanda penuaan.  2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit ...

Timewise 3D Foundation??

Alamak stress nya!  Stress sebab Mary Kay bakal keluarkan Timewise Liquid Foundation formulasi baru iaitu Timewise 3D Foundation, tapi Timewise Liquid Foundation saya yang sedia ada masih banyak lagi ni.  Hahaha.  Tak lama lagi nak keluar tu, Januari 2020! Pilihan shades yg baru khusus mengikut undertone kulit cool atau warm Apa perbezaan dengan Timewise 3D Foundation yang baru ni?  Diformulasikan dengan Age Minimize Complex yang turut terkandung dalam produk penjagaan kulit Timewise Miracle 3D, TimeWise 3D Foundation memberikan litupan penuh serta tampak muda berseri-- Ringan pada kulit wajah & nampak semulajadi sepanjang hari.  Teknologi IntelliMatch yang eksklusif kerana ia akan memadankan warna dengan tona kulit kita ( so tak perlu nak mix kod warna untuk dapatkan tona yang sesuai ) 12 jam kawalan minyak (Matte)   12 jam kelembapan (Luminous)   Formula yang kalis peluh & udara lembap ( sesuai untuk iklim t...