Skip to main content

Posts

Review : Honey Glow Finisher SPF35

Assalamualaikum & morning.. Dah lama nak share review ni, cuma baru ada kesempatan nak tulis di sini..  Honey Glow Finisher ni dibuat di Korea.. Kita semua dah maklum kan Korea Selatan merupakan negara dengan industri kosmetik & penjagaan kulit yang berkembang pesat. Selain daripada Honey Glow Finisher, range penjagaan kulit Mary Kay Melacep & Lumivie turut dihasilkan di Korea.. Honey Glow Finisher adalah makeup base yang kita apply sebelum foundation atau CC cream, untuk dapatkan dewy effect & nampak glowing dari dalam.. Orang Korea kata looking-glass skin, macam porcelain tu..  Boleh juga dipakai macam tu je selepas moisturiser untuk dapatkan kulit yang lebih cerah sekata, liang pori tidak ketara & bagi yg inginkan natural glowing look..  Fungsi Honey Glow Finisher ni : memberikan effect glowing secara natural mencerahkan kulit wajah makeup tahan lebih lama menutup garis & kedutan halus mengandungi SPF untuk melindungi dari
Recent posts

Review : Charcoal Mask Mary Kay

Assalamualaikum gorgeous.. Selamat berhujung minggu semua.. Musim hujan ni, mesti masing² sibuk ke laundry kan.. Tak menang tangan nk uruskan kain baju yg x kering.. Pagi td sambil scroll gallery kt phone, ternampak gambar sy posing manja dengan muka yg hitam gelita.. Terus teringat nk share review mask Mary Kay yg ada kuasa tarikan magnet ni..  Nama penuh mask ni Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask .. Kita panggil Charcoal mask jela eh, senang..  Charcoal Mask ni menggunakan ACTIVATED CHARCOAL.. Menurut kajian, ACTIVATED CHARCOAL ni berkhasiat untuk mengeluarkan bakteria, racun, bahan kimia, kotoran dan segala jenis Micro Particle ke permukaan kulit..  Walaupun kita sapu sikit tapi dia mampu absorb banyak kotoran, bakteria & minyak yg tersumbat dalam pori..  Semua maklum kan, pori tersumbat adalah punca kepada masalah jerawat & kulit kusam..  Charcoal Mask ni sy mula guna pada bulan Ogos 2019.. Macam yg sy tulis pada tiub mask tu.. Sy akan pakai mask ni bila kulit sy rasa

Review : Perjalanan Kulit Saya Bersama Mary Kay

Assalamualaikum gorgeous.. Hari yg bercuaca indah ni, sy nak bercerita sikit tentang produk Mary Kay yang sy guna serta hasilnya pada kulit muka sy. Kalau sy nk cerita boleh kan? Hehehe. Ok, sebenarnya saya malu² jugak nak kongsi perjalanan kisah kulit saya kerana kulit saya memang bermasalah sejak saya bersekolah menengah & semakin teruk semasa saya di universiti. Segala jenis petua tradisional juga petua moden, saranan kawan², cadangan beauty advisor, apa jenis produk takyah cakap la. Dah saya cuba macam² & saya pun dah habiskan banyak duit untuk merawat kulit wajah saya yang sensitif dan bengkak dek kerana jerawat batu yg banyak. Masalah kulit sy mula reda pada tahun 2008, jerawat manja memang masih ada tapi tak sebanyak sebelumnya. Syukur sangat masa tu even kulit sy takde la peloles. Hanya yang pernah berjerawat teruk yang akan faham rasa bersyukur yang sy maksudkan ni. Huhu.  Kemudian pada tahun 2012, muka saya bengkak dan gatal sehinggakan muka sy menja

Kulit Kembali Muda & Anjal Dengan Timewise Repair

Assalamualaikum gorgeous.. Entri sebelum ni saya dah ceritakan kebaikan Timewise Miracle 3D yang mampu mengurangkan penuaan awal & menampilkan kulit yang muda berseri. Rasa menyesal jugak sebab saya tak pandai jaga kulit muka dari seawal usia muda. Saya baru pandai dan mempraktik rutin penjagaan muka yang betul ketika sudah berusia 34 tahun. LAMBATNYA!!  Takpe, jangan sedih lama² sebab Mary Kay ada penyelesaiannya iaitu Timewise Repair Volu-Firm .  Timewise Repair Volu-Firm ni adalah versi Timewise Miracle yang lebih power yang lebih hebat lebih advanced! FUNGSI TIMEWISE REPAIR VOLU-FIRM 1. TW Repair Foaming Cleanser Kulit kekal lembap iaitu tidak terlalu kering dan berminyak Kulit akan cerah berseri dan sekata Kulit rasa lembut dan sejuk Membersih secara menyeluruh hingga kulit terasa sihat Membantu pembaharuan kulit yang kusam 2. TW Repair   Revealing Radiance Facial Peel Menanggalkan sel kulit mati dari permukaan atas kulit Tingkatkan

Manfaat Vitamin C Dalam Mary Kay Timewise Replenishing Serum C

Assalamualaikum gorgeous.. Dah lunch ke? Dah minum jus oren?  Hehehe. Tetiber je. Dari zaman kita kecik² dulu memang dah biasa dengar vitamin C kan, sebab biasa makan tablet vitamin C yang kunyah perisa oren tu. Kali ni kita bercerita berkenaan vitamin C jugak, cuma vitamin C yang ni bukan kita makan or kita minum jus nya. Kita sapu² vitamin C kat kulit kita.  KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT : Penghasilan kolagen  – Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Menghasilkan kulit yang berseri  – Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Kenapa kita perlukan serum vitamin C untuk kulit kita?  Kulit kita ni ada 3 lapisan utama - epidermis, dermis, dan hipodermis.  Skincare yang kita pakai hanya mampu pergi hingga lapisan pertama je sebab molekul skincare TAK SEHALUS SERUM. Hanya lapisan epidermis yang mendapat manfaat.  Sem

Serum Mary Kay Mewah Persis Datin : Youthfinity Serum

Assalamualaikum gorgeous di luar sana.. Jangan terkejut dengan tajuk entri kali ni kerana serum ni memang mewah. Kita panggil dia serum datin. Hehehe.  YOUTHFINITY SERUM  ni merupakan serum terbaik Mary Kay hasilkan dalam inovasi penjagaan kulit. Memandangkan serum ni eksklusif maka penyelidikan yang dilakukan mengambil masa lebih kurang 9 tahun sebelum ia dikeluarkan. Kandungan Youthfinity serum ini adalah hasil gabungan bahan² anti penuaan yang semestinya mewah seperti : Alpen Rose : membantu membebaskan kulit dari punca stress atau yang menjejaskan kecantikan kulit & membantu kulit bertahan daripada kerosakan ( ekstrak bunga mawar gunung, yg hanya didapati pergunungan Swiss )  Evening Primrose : membantu mengembalikan keremajaan kulit. Infinite Tripeptide : (antioksidan) mengurangkan penuaan kulit Terdapat bahan tambahan seperti ekstrak daun Menyanthes Trifoliata (daun buckbean yang dikeringkan) dalam rangkaian Youthfinity bagi mensasarkn prot

Timewise 3D Foundation??

Alamak stress nya!  Stress sebab Mary Kay bakal keluarkan Timewise Liquid Foundation formulasi baru iaitu Timewise 3D Foundation, tapi Timewise Liquid Foundation saya yang sedia ada masih banyak lagi ni.  Hahaha.  Tak lama lagi nak keluar tu, Januari 2020! Pilihan shades yg baru khusus mengikut undertone kulit cool atau warm Apa perbezaan dengan Timewise 3D Foundation yang baru ni?  Diformulasikan dengan Age Minimize Complex yang turut terkandung dalam produk penjagaan kulit Timewise Miracle 3D, TimeWise 3D Foundation memberikan litupan penuh serta tampak muda berseri-- Ringan pada kulit wajah & nampak semulajadi sepanjang hari.  Teknologi IntelliMatch yang eksklusif kerana ia akan memadankan warna dengan tona kulit kita ( so tak perlu nak mix kod warna untuk dapatkan tona yang sesuai ) 12 jam kawalan minyak (Matte)   12 jam kelembapan (Luminous)   Formula yang kalis peluh & udara lembap ( sesuai untuk iklim tropika khatulistiwa macam negara k